09 Jun, 2023
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

KUANTAN: Keunikan dan keindahan alam semulajadi yang ada di Pahang adalah tarikan utama menggamit kedatangan pelancongan luar ke negeri ini.  YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, dengan itu sektor pelancongan sangat berpotensi untuk terus dimajukan. Beliau berkata, usaha mempromosikan produk pelancongan dilakukan secara berterusan namun usaha pemuliharaan alam sekitar turut diberi keutamaan.

“Dikurniakan dengan kekayaan biodiversiti, Pahang menawarkan ekopelancongan dalam  pelbagai bentuk. Daripada tanah tinggi sehinggalah ke hutan hujan tropika, daripada pantai sehinggalah ke pulau yang indah. “Semuanya adalah tarikan luar biasa kepada pelancongan tempatan dan dari luar negara,”  katanya berucap di Majlis Makan Malam Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Negara-Negara Asean ke Negeri Pahang di Hotel Zenith, di sini. 

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Negeri Pahang, Dato’ Sri Shahaniza Shamsuddin. 

Wan Rosdy berkata, pelancongan adalah industri ketiga terbesar yang menyumbang 15 peratus kepada GDP negara.

Malah, katanya, Pahang dinamakan oleh Tourism Malaysia sebagai destinasi pelancongan domestik terbaik di Malaysia pada 2019. 

“Kedatangan pelancong ke Pahang sehingga suku tahun kedua 2022 adalah 4.072 juta pelancong. Sempadan negara yang dibuka sepenuhnya untuk sektor pelancongan pada April 2022 juga telah mula meningkatkan pelancong asing ke Pahang,” katanya. – HUSIN IBRAHIM 

Sumber : Fikrah Pahang

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang STATISTIK KEDATANGAN PELANCONG MENGIKUT NEGARA ASAL KE PAHANG Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang Mengikut Segmen MYHRMIS MOBILE
Dasar Privasi