• Cetak

TEMERLOH: Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Lanchang, dekat sini, menerima kehadiran 38,406 pelancong tempatan dan asing dalam lima bulan pertama tahun ini. Ketua Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah Lanchang, Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman, berkata Februari mencatat jumlah teramai 14,050 pengunjung diikuti 12,001 pada Mac.

Menurutnya, 9,279 pelancong pada Januari dan 3,076 pelancong pada Mei.Kehadiran pelancong dijangka terus bertambah hingga akhir tahun ini. “Pengunjung membabitkan pelancong tempatan dan asing turut ramai yang meluangkan masa masa bersama keluarga mereka di PKGK sepanjang cuti Aidilfitri kali ini. 

“Kita mengadakan pelbagai aktiviti untuk menghiburkan pengunjung antaranya persembahan gajah mandi, memberi gajah makan dan pertunjukkan gajah,” katanya, di sini, hari ini.  Beliau berkata, hampir sembilan ratus pelancong asing mengunjungi PKGK selepas pintu sempadan negara dibuka. – MOHD IMRAN IZZAD

Sumber: Fikrah Pahang