09 Jun, 2023
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

ROMPIN: Jabatan Perikanan Pahang melepaskan 400 anak penyu agar di Pulau Tioman sebagai usaha meningkatkan jumlah pendaratan reptilia itu di pulau peranginan berkenaan. Pengarahnya, Abdullah Jaafar, berkata Pulau Tulai terletak di timur laut perairan Pulau Tioman yang terkenal dengan terumbu karang menjadi tempat pelepasan anak penyu berusia seminggu. Menurutnya, berdasarkan rekod Cawangan Taman Laut Pulau Tioman, terdapat 20 pendaratan membabitkan lebih 10 ekor penyu agar dan lipas di Pulau Tulai sepanjang tahun ini.

Katanya, selain Pulau Tulai, penyu juga mendarat di Kampung Juara dan beberapa kampung lain di Pulau Tioman.  "Jabatan kini giat berusaha untuk menjadikan Pulau Tioman sebagai antara lokasi pendaratan penyu di negeri ini. Pelbagai usaha telah dan sedang dilakukan dengan kerjasama masyarakat setempat. "Antara usaha yang dilakukan ialah dengan mengadakan program pelepasan anak penyu dari semasa ke semasa selain kempen kesedaran tidak makan telur penyu," katanya. Beliau berkata demikian pada Program Kesedaran Awam Terhadap Kepentingan Pemuliharaan Sumber Maritim Pahang 2021, semalam.

Pada program berkenaan turut diadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan pantai dan penerangan mengenai kepentingan penyu serta kempen jangan makan telur penyu. Abdullah berkata, pihaknya berharap anak penyu yang dilepaskan semalam dapat kembali ke Pulau Tulai untuk bertelur dalam masa 30 hingga 35 tahun akan datang seterusnya dapat menambahkan lagi produk pelancong di Pulau Tioman. "Kita ingin menjadikan Pulau Tioman sebagai antara lokasi pendaratan penyu yang terkenal suatu hari nanti, mungkin sama dengan Cherating, Kuantan yang terkenal di negara ini," katanya. 

Sumber: Berita Harian

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang STATISTIK KEDATANGAN PELANCONG MENGIKUT NEGARA ASAL KE PAHANG Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang Mengikut Segmen MYHRMIS MOBILE
Dasar Privasi