02 Jun, 2023
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

KUANTAN: Selepas berbulan-bulan 'tenat', pengusaha industri pelancongan di Pulau Tioman, Rompin, bersedia dengan syarat dan prosedur ditetapkan kerajaan serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membolehkan mereka kembali 'bernafas' dengan kehadiran pelancong. Mereka juga berharap tiada kejutan pembatalan saat akhir kerana pengusaha pelancongan hanya ada kira-kira dua bulan untuk beroperasi sebelum ketibaan musim tengkujuh pada Disember disebabkan tiada operasi feri dibenarkan. Pemilik Juara Mutiara Resort, Shahrol Hazri Sani, 45, berkata kaunter pertanyaan mereka mula dihujani panggilan sejak kelmarin, bagi membuat tempahan bilik atau bertanyakan harga bilik dan aktiviti ditawarkan.

"Ini melegakan kami yang sangat terjejas sejak tahun lalu, malah ini kali pertama kami diuji agak teruk selepas 30 tahun beroperasi sehingga terpaksa memberhentikan sementara pekerja kerana tidak boleh membayar gaji semua 20 kakitangan sebelum ini.  "Sejak pengumuman pembukaan semula, saya mula menghubungi pekerja mengajak mereka kembali. Kehadiran semula pelancong bukan hanya membantu pemilik atau pengusaha resort, tetapi juga penduduk setempat kerana kami memang bergantung pada industri pelancongan," katanya di sini, hari ini. Selasa lalu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri mengumumkan Pulau Tioman antara tiga lokasi bakal menjadi destinasi baharu dibenarkan beroperasi bagi pelaksanaan gelembung pelancongan negara. Dua lagi lokasi ialah Genting Highlands dan Melaka.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin juga mengesahkan Pulau Tioman sedia dibuka kerana sudah mencapai imuniti kelompok sejak Julai lalu, selain turut mewujudkan Pasukan Petugas Tioman sebagai persediaan kembali menerima pelancong. Shahrol Hazri berkata, buat masa ini mereka sedang menunggu prosedur operasi standard (SOP) daripada pihak terbabit khususnya MKN supaya tindakan selanjutnya boleh diambil sebelum ketibaan pelancong bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Pekerja pusat selam B&J Diving Centre, Hayati Hassan, 28, yang beroperasi di Air Batang, berkata sepanjang tidak beroperasi, mereka sudah membuat promosi secara dalam talian dengan pelanggan boleh menebus pakej dibeli apabila pulau itu 'menerima lampu hijau' untuk kembali beroperasi. "Setakat ini, kami banyak menerima panggilan daripada mereka yang mahu menggunakan promosi itu termasuk kelas mengambil lesen menyelam untuk bulan depan, malah ramai juga pelanggan tetap membuat tempahan kerana Pulau Tioman memang antara lokasi popular bagi aktiviti itu. "Bagi pematuhan SOP, kami tiada masalah kerana semua peralatan memang dicuci selepas digunakan dan kali ini, kami tambahkan proses sanitasi. Selain itu, kami menetapkan syarat peralatan sama diberikan kepada seorang pelanggan dari hari pertama hingga terakhir dia di sini," katanya.

Pengarah Salang Pusaka Resort, Abdul Khalid Mohamad, 65, pula berkata pematuhan SOP menjadi keutamaan semua pengusaha pelancongan di Pulau Tioman kerana mereka tidak mahu berlaku penularan penyakit yang merisikokan sehingga terpaksa menghentikan operasi sebelum musim tengkujuh. "Kami juga ada isteri dan anak di sini, sudah pasti tidak mahu mereka dijangkiti. Jadi, perlu berwaspada kerana COVID-19 tidak kelihatan pada mata kasar. Kami boleh bantu kurangkan penumpang bot atau sanitasi (untuk mematuhi SOP) namun kerjasama pelancong juga diharapkan," katanya. Abdul Khalid juga berharap kerajaan membantu mengurangkan kos feri yang juga akses ke pulau itu yang difahamkan boleh mencecah RM50 seorang bagi perjalanan sehala, bagi menarik lebih ramai rakyat tempatan memilih Pulau Tioman destinasi pelancongan terutama bagi rombongan berkeluarga atau dalam kumpulan besar. - BERNAMA

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang STATISTIK KEDATANGAN PELANCONG MENGIKUT NEGARA ASAL KE PAHANG Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang Mengikut Segmen MYHRMIS MOBILE
Dasar Privasi