09 Jun, 2023
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

KUANTAN: Pulau Tioman bersedia menerima kedatangan pelancong selepas Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengumumkan pembukaan lokasi pelancongan itu bermula 1 Oktober ini. Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, berkata pulau peranginan itu hanya boleh menerima kedatangan pelancong dalam tempoh dua bulan dan akan ditutup bermula Disember ini susulan bakal menghadapi musim tengkujuh. "Jadi, ini peluang terbaik bagi penduduk Pulau Tioman untuk menarik kedatangan pelancong sepanjang tempoh Oktober dan November ini.

"Mereka mempunyai tempoh dua bulan saja untuk beroperasi sebelum musim tengkujuh kerana pelancongan di pulau tidak dibenarkan selama tiga bulan iaitu sepanjang musim itu dan akan kembali beroperasi pada Mac 2022," katanya pada sidang media di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.  Hadir sama, Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim. Semalam, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri mengumumkan tiga lokasi baharu pelancongan iaitu Pulau Tioman, Genting Highlands di Pahang dan bandar raya Melaka bakal dibuka kepada orang ramai mulai bulan depan.

Sementara itu, Mohd Sharkar berkata, Pulau Tioman sudah mencapai imuniti kelompok 100 peratus membabitkan 2,200 individu dewasa. Katanya, sebanyak 1,821 bilik daripada 103 hotel berdaftar di pulau berkenaan. "Bagi memastikan pelancong mematuhi prosedur operasi standard (SOP), kita mencadangkan pintu masuk ke Pulau Tioman di Tanjung Gemok, Rompin," katanya.

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang STATISTIK KEDATANGAN PELANCONG MENGIKUT NEGARA ASAL KE PAHANG Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang Mengikut Segmen MYHRMIS MOBILE
Dasar Privasi