02 Jun, 2023
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

KUANTAN: Penggiat industri pelancongan di Pulau Tioman di Rompin dekat sini menarik nafas lega terutama operator selam skuba apabila pulau itu dibuka untuk kunjungan pelancong. Ini kerana sukan air selam skuba berkenaan didapati  menjadi tumpuan para pelancong dengan adanya permohonan yang tinggi dari para penggiat sukan tersebut untuk ke Pulau Tioman. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, pejabat Pelancongan Pahang sebagai agensi kerajaan dalam pembangunan dan kemajuan industri pelancongan negeri, telah menerima banyak pertanyaan lanjut serta tempahan tentang aktiviti sukan air tersebut dan syarat-syarat untuk mengunjungi pulau itu.

Beliau berkata, permintaan untuk menyewa peralatan sukan selam skuba secara tidak langsung akan meningkat dan pemandu bot, khidmat ‘dive-masters’ juga akan turut menjadi tumpuan yang akan menjana ekonomi pengusaha pelancongan di situ. “Apabila kembali beroperasinya kawasan pelancongan seperti ini sudah pasti para penggiatnya akan menarik nafas lega serta melihat masa depan yang cerah dalam industri berkenaan.

“Apapun aktiviti pelancongan di Pulau Tioman akan bermula dari tanah besar iaitu di jeti Tanjung Gemuk di Rompin. Ia bermakna operator feri, pekerjanya, stesen minyak, pembekal makanan dan minuman sehinggalah kepada pengusaha hotel, resort, chalet dan lain-lain di pulau ini akan dapat menikmati limpahan ekonomi secara saksama dan menghidupkan pelbagai peluang rangkaian ekonomi yang lain,” katanya selepas melancarkan program pembangunan semula kemahiran pekerja anjuran Institiut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSA) dan Pelancongan Pahang di sini.  Yang hadir sama, Pengurus Besar Pelancongan Pahang, Kamaruddin Ibrahim.

Mohd. Sharkar berkata, Pulau Tioman merupakan destinasi pelancongan kedua yang akan dibuka selepas Bukit Fraser bermula esok. Ini kerana katanya, penduduk di dua kawasan itu yang merupakan pemain industri pelancongan telah pun menerima dua dos suntikan vaksin. “Bagaimanapun kesemua pelancong yang ingin ke pulau Tioman atau Bukit Fraser akan juga disaring tentang status vaksinasi masing masing di pintu masuk dengan mempamerkan sijil digital yang mereka miliki,” katanya dengan menambah setiap mereka perlu membuktikan bahawa mereka juga telah menerima lengkap suntikan vaksinasi. – UTUSAN ONLINE

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang STATISTIK KEDATANGAN PELANCONG MENGIKUT NEGARA ASAL KE PAHANG Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang Mengikut Segmen MYHRMIS MOBILE
Dasar Privasi