09 Jun, 2023
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

JERANTUT: Penggiat dan pengusaha ekopelancongan Taman Negara Kuala Tahan bersyukur serta teruja apabila menerima suntikan vaksin Covid-19 dos pertama sambil menyifatkan ia pemulihan awal sebelum taman peranginan berkenaan menerima kedatangan pengunjung tidak lama lagi. Program Outreach Vaksinasi Sektor Pelancongan itu turut disertai warga emas dan petugas barisan hadapan seramai 300 orang di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Xcape Resort, Kuala Tahan di sini.  Program vaksinasi di taman peranginan hutan tropika itu antara pusat pelancongan yang kedua selepas Pulau Tioman melibatkan sejumlah ramai penggiat dan pengusaha ekopelancongan di situ.

Pekerja hospitaliti, Sabri Abdullah berkata, program vaksinasi pertama itu antara pemulihan bagi sektor ekopelancongan Taman Negara setelah melalui tempoh yang cukup tenat ataupun sudah ‘mati’ bagi tanggapan sesetengah penggiat di situ akibat penularan wabak Covid-19 sejak tahun lalu. “Kita bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang cukup bersimpati dengan kebajikan pemain sektor pelancongan di sini sekali gus menyegerakan pemulihan menerusi program vaksinasi hari ini,” katanya di Kuala Tahan di sini hari ini.  Sabri yang berpengalaman hampir 20 tahun dalam bidang hospitaliti dan pengurusan pelancongan selanjutnya berkata, diharap sektor ekopelancongan kembali bernafas semula apabila kerajaan dalam perancangan membenarkan penduduk yang sudah menerima suntikan dua dos boleh merentas daerah dan negeri dalam masa terdekat ini. 

Pengusaha Rumah Inap Greenland, Afzal Abdul Aziz berkata, program vaksinasi antara inisiatif kerajaan negeri dan kementerian berkenaan menjadikan Taman Negara Kuala Tahan sebagai destinasi bebas Covid-19 dalam tempoh fasa pemulihan ini. “Ramai pelancong dari negara Eropah, Scandinavia dan Asia masih berhubung dengan saya menerusi talian WhatsApp, email dan Facebook bertanyakan program pemulihan wabak Covid-19 di negeri ini dan mereka berhasrat untuk kembali semula ke taman ini. “Apapun rakyat di negara ini perlu bekerjasama dengan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan peraturan keselamatan tertentu supaya rantaian wabak halimunan ini dapat diputuskan segera sekali gus sektor pelancongan pulih sedia kala,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang, Datuk Nazri Ngah ketika melawat PPV Xcape Resort, Kuala Tahan semalam kagum dengan keterujaan warga emas, penggiat dan pengusaha pelancongan di situ menerima suntikan vaksin. “Kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar berterima kasih dengan kesungguhan petugas barisan hadapan, iaitu petugas Jabatan Kesihatan, pihak berkuasa beruniform dan semua agensi kerajaan yang komited membantu pelaksanaan program vaksinasi berjalan dengan lancar dan sempurna. “Harapan kita menerusi program ini serta kerjasama pematuhan penguatkuasaan PKP serta memohon pertolongan Allah SWT yakin sektor pelancongan negeri ini kembali pulih serta manfaat bagi penduduk supaya memperoleh sumber pendapatan semula,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE 

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang STATISTIK KEDATANGAN PELANCONG MENGIKUT NEGARA ASAL KE PAHANG Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang Mengikut Segmen MYHRMIS MOBILE
Dasar Privasi