20 Apr, 2021
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

KUANTAN - Jalan Raub-Bukit Fraser, kira-kira 165 kilometer dari sini, ditutup sepenuhnya ekoran kejadian runtuhan bongkah batu yang dipercayai berlaku pada jam 5.50 pagi tadi. Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Shahrulnizam Nasir berkata, bongkah batu itu menghalang sepenuhnya laluan tersebut. "Kejadian mungkin disebabkan faktor hujan sejak tiga hari lalu. Malah, sebelum kejadian pagi tadi beberapa insiden pokok tumbang dilaporkan berlaku di lokasi sama sebelum ini,” katanya ketika dihubungi di sini.

Shahrulnizam berkata, beliau difahamkan Jabatan Kerja Raya sedang membuat penilaian mengenai kaedah terbaik untuk mengalihkan bongkah batu tersebut memandangkan saiz yang terlalu besar dan tidak boleh diangkat menggunakan jentera biasa. Susulan penutupan laluan itu, mereka yang ingin ke destinasi pelancongan Bukit Fraser perlu menggunakan jalan alternatif buat masa ini, iaitu melalui Kuala Kubu Bharu, Selangor. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/115694/EDISI/Pahang/Jalan-Raub-Bukit-Fraser-ditutup-akibat-runtuhan-bongkah-batu © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

  

mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr