A- A A+
28 Nov, 2020

Facebook twitter You Tube Instagram

KUANTAN - Taman Eko-Rimba (TER) Mossy Forest dan aktiviti mendaki Gunung Irau, Cameron Highlands ditutup bermula 11 Ogos hingga 25 September depan bagi tujuan penyelenggaraan jalan menuju kawasan berkenaan. Penolong Pengarah Kanan (Hutan Lipur) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Regina Mariah Jong berkata, baik pulih membabitkan sepanjang 4.9 kilometer (km) diselenggarakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Cameron Highlands.

Menurutnya, penyelenggaraan jalan itu akan memberi lebih keselesaan kepada pengunjung yang menjadi lokasi utama pelancong dalam dan luar negara "Kita menerima antara 200 hingga 300 pengunjung ke TER Mossy Forest setiap hari dan jumlah itu bertambah berkali ganda ketika cuti umum," katanya ketika dihubungi hari ini. Menurutnya, Mossy Forest, menerima 73,586 pelancong pada Mac hingga Disember tahun lalu dengan nilai pendapatan sebanyak RM940,895 kepada JPNP.

Bagaimanapun katanya, jumlah pengunjung berkurangan tahun ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun apabila selepas kerajaan memberi kelonggaran perjalanan kini pelancong mula bertambah.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/97876/EDISI/Pahang/Mossy-Forest-ditutup-sementara © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

  

mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr