A- A A+
30 Oct, 2020

Facebook twitter You Tube Instagram

ROMPIN - Sebanyak 122 projek dicadangkan di bawah draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanjung Gemok termasuk 17 projek berimpak tinggi, 58 projek utama dan 47 projek sokongan yang akan dibangunkan di kawasan berkenaan sebagai hab pelancongan di Pahang.

RKK Tanjung Gemok yang bakal dibangunkan di kawasan seluas 351 hektar itu merupakan rancangan pemajuan berkepentingan khusus sebagai pembolehubah kepada sektor pelancongan, ekonomi dan aktiviti maritim. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kedudukan Tanjung Gemok di tengah-tengah laluan utama antara Johor Bahru dan Kuantan menjadikan kawasan itu berpotensi untuk dikunjungi lebih ramai pengunjung sekiranya peranannya sebagai hab transit pelancongan dapat diperkukuhkan. “Antara projek impak tinggi yang disenaraikan termasuk kompleks terminal pengangkutan bersepadu, hotel berkonsep unik dan menarik, meningkatkan pengeluaran industri pemprosesan makanan dan sejuk beku, pemecah ombak dan mendalamkan Sungai Endau, Street Art Tanjung Gemok dan Laman Tok Jenang.

“Bagi projek utama, antara pembangunan yang dicadangkan termasuk tempat letak kereta bertingkat, River Cruise Tanjung Gemok, pasar ikan dan inap desa berkonsep perkampungan desa pinggir laut di Tanjung Pahang,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf RKK Tanjung Gemok di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin semalam.

Wan Rosdy berkata, beliau yakin Tanjung Gemok bakal muncul sebagai destinasi pilihan pelancong sekali gus membantu mempromosikan destinasi pelancongan lain di negeri ini. Menurutnya, program publisiti bagi RKK Tanjung Gemok berlangsung dari 1 hingga 31 Julai ini untuk memberi peluang kepada orang ramai terutama pihak yang berkepentingan memberikan pandangan dan cadangan bagi draf tersebut. “Semua maklum balas yang diterima akan dikumpulkan dan dibincangkan. Mana yang kita rasa boleh memberi tambah baik untuk projek ini, kerajaan negeri akan ikut,” katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/92602/EDISI/Pahang/Tanjung-Gemok-bakal-jadi-hab-pelancongan © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

  

mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr