A- A A+
08 Aug, 2020

Facebook twitter You Tube Instagram

PEKAN - Pemandu bot pelancong di Tasik Chini di sini mendakwa pendapatan mereka terjejas kerana ketiadaan produk baharu di kawasan pelancongan berkenaan berbanding 10 tahun lalu. Tinjauan Sinar Harian juga mendapati ada yang bersetuju kempen Tahun Melawat Pahang sebelum ini tidak banyak memberi kesan terhadap perkembangan sektor pelancongan di Tasik Chini. Pemandu bot, Kamarul Ariffin Mohd Salleh, 42, mendakwa pelancong tidak berminat untuk melawat kawasan yang terkenal dengan kisah naga itu kerana tiada produk baharu yang boleh dikongsi. "Jika dahulu Tasik Chini memang terkenal dan boleh dikatakan dua hingga lima bas yang membawa pelancong singgah setiap hari. Kami menerima bayaran dari RM60 hingga RM130 mengikut jarak perjalanan bagi setiap pelancong," katanya ditemui di Tasik Chini hari ini.

Bagaimanapun katanya, beberapa tahun kebelakangan ini kemeriahan itu sudah tiada malah tiada seorang pelancong pun dalam tempoh enam bulan tahun ini, ditambah lagi dengan pandemik koronavirus (Covid-19). "Kalau boleh kerajaan negeri lakukan sesuatu supaya pendapatan kami sebagai pemandu bot 'meriah' kembali seperti tahun 2010," katanya. Beliau yang lebih 10 tahun bekerja sebagai pemandu bot merayu agensi berkaitan mempergiatkan usaha mempromosikan Tasik Chini untuk menarik kembali kehadiran pelancong. Sementara itu, rakannya Awang Kasim, 60 berkata, sumber pendapatan masyarakat orang asli yang bergantung sebagai pemandu bot terhenti kerana tiada pelancong. Menurutnya, kerajaan perlu berusaha membantu mempromosi Tasik Chini secara berterusan dan tidak mengikut musim. "Sebelum ini hasil pendapatan sewa bot yang saya usahakan sejak lebih 20 tahun lalu boleh menyara keluarga namun kini terpaksa menoreh getah sebagai sumber pendapatan," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/90419/EDISI/Pahang/Pemandu-bot-pelancong-Tasik-Chini-dakwa-hilang-pendapatan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

  

mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr