A- A A+
27 May, 2020

Facebook twitter You Tube Instagram

KUANTAN - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) melanjutkan tempoh penutupan Taman Eko-Rimba dan Hutan Taman Negeri sehingga 9 Jun depan. JPNP melalui notis pemberitahuannya memaklumkan, semua aktiviti rekreasi termasuk mendaki gunung dalam kawasan berkenaan dan dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal di negeri ini tidak dibenarkan. Penutupan itu selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan kerajaan bagi membendung penularan jangkitan koronavirus (covid-19) ketika ini.

Menurut kenyataan itu, Taman Eko-Rimba dan Hutan Taman Negeri ditutup sejak 18 Mac lalu ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Orang ramai yang gagal mematuhi notis pemberitahuan akan berdepan tindakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi JPNP di talian 09-5732911 atau 09-5732914.

  

mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr