A- A A+
20 Oct, 2020

Facebook twitter You Tube Instagram

KUANTAN - Kerajaan Pahang dijangka menyalurkan bantuan kepada 420 pemandu pelancong dan pengusaha bot pelancongan minggu ini susulan lanjutan tempoh Perintah kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April depan. Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, buat masa ini pihaknya sedang mendapatkan senarai nama penuh dan butiran lengkap menerusi semua saluran termasuk persatuan dan Tourism Pahang.

Beliau berkata, pemandu pelancong dan pengusaha bot pelancongan tidak perlu bimbang kerana pihaknya mempunyai mekanisme bagi mengenal pasti mereka yang layak menerima bantuan berkenaan. "Kerajaan negeri prihatin dengan nasib pemandu pelancong dan pengusaha bot pelancongan kerana mereka ini bergantung kepada pendapatan harian. "Selepas kita mendapat senarai penuh, bantuan akan mula diberikan. "Dari segi kaedah pelaksanaan dan jenis bantuan itu akan ditentukan pihak kerajaan negeri kemudian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail minggu lepas membuat pengumuman mengenai bantuan sekali beri atau one-off sebanyak RM600 kepada pemandu pelancong di negeri itu.

  

mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr