Kategori: Berita Terkini
Jumlah paparan: 79

GAMBANG - Semua pihak di negeri ini khususnya pihak yang terlibat dalam sektor hartanah perlu mencontohi usaha pemilik Mangala Resort & Spa di sini yang telah membangunkan pusat peranginan berkenaan di kawasan bekas tapak perlombongan.Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, kawasan bekas perlombongan wajar dibangunkan daripada menjadi kawasan terbiar yang mampu membahayakan orang awam.Menurutnya, pemilik tanah bekas lombong juga harus mengubah kawasan berbahaya tersebut menjadi destinasi tarikan berdaya ekonomi.

“Saya kenal kawasan ini Mangala Resort & Spa yang dahulunya lokasi ini merupakan kawasan bekas lombong yang kini ditukar oleh pemiliknya menjadi kawasan kelapa sawit.“Ini harus diberikan pujian dan boleh dijadikan contoh kepada kawasan lain yang terdapat banyak bekas kawasan perlombongan dan mungkin menjadi tempat berbahaya kepada penduduk,” titah baginda ketika merasmikan Mangala Resort & Spa di sini hari ini.

Tengku Abdullah bertitah Mangala Resort & Spa adalah satu lagi kemajuan yang berjaya mentransformasikan sebuah kawasan yang terbiar."Resort ini juga telah mendapat pengiktirafan antarabangsa iaitu International Fiabci World Prix Excellence Award Gold Winner pada Mei lalu dan ia harus dijadikan contoh," titahnya.Pengarah Urusan Kumpulan Franky Pahang, Datuk Franky Chua selaku pemilik Mangala Resort & Spa berkata, pihaknya telah mengambil masa selama 15 tahun untuk membangunkan pusat peranginan tersebut.Menurutnya, pusat peranginan seluas 24 hektar itu dibangunkan di kawasan ladang kelapa sawit seluas 161 hektar yang dibuka di atas tanah bekas lombong.

"Resort ini menyediakan bilik penginapan sebanyak 65 vila mewah yang dilengkapi dengan kolam renang, tasik serta kawasan rekreasi yang turut terdapat dusun durian Musang King, mulberi, kedondong, kelapa pandan serta bunga roselle."Terdapat juga lebih 90 spesies burung yang menjadikan kawasan tasik di resort ini sebagai tempat persinggahan,"katanya.