09 Jun, 2023
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

TEMERLOH - Kerajaan negeri akan menjadikan program Fun Run & Ride anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai acara tahunan yang dimasukkan dalam kalendar aktiviti Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, ini berikutan program sedemikian   menjadi trend baharu rakyat Pahang yang semakin menggemari aktiviti sihat berlari dan berbasikal.

Katanya selain bersukan, acara tersebut juga berpotensi mengetengahkan lokasi pelancongan di Pahang, memandangkan terdapat peserta dari luar yang menyertainya.

"Kita mungkin boleh jadikan Program Fun Run & Fun Ride seperti ini ke titik tengah Semenanjung yang terletak di Temerloh pada Ogos tahun depan sekali gus dapat menarik lebih ramai kehadiran pelancong.

"Saya ucapkan tahniah kepada PDRM kerana kejayaan menganjurkan program sebesar ini dan diharapkan ia akan menarik lebih ramai peserta apabila dijadikan acara tahunan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Fun Run & Ride di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh di sini, hari ini.

Program itu dianjurkan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang dan pelepasan acara berbasikal disempurnakan secara bersama oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Seri Rosli Ab Rahman, Ketua Polis Pahang, Datuk Zakaria Ahmad dan Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood

Turut hadir Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Idros Yahya. - Bernama

 
 
 

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang STATISTIK KEDATANGAN PELANCONG MENGIKUT NEGARA ASAL KE PAHANG Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang Mengikut Segmen MYHRMIS MOBILE
Dasar Privasi