02 Jun, 2023
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

KUANTAN - Bercuti sambil beriadah di taman tema air mini di De Rhu Beach Resort yang terletak di Sungai Karang-Jalan Berserah, sememangnya satu pengalaman menarik buat penulis. Terletak kurang lima belas minit perjalanan dari Bandar Kuantan, hotel ini sememangnya lokasi strategik untuk warga kota beristirahat.

Ia menyediakan 162 jenis bilik dengan reka bentuk dan kadar harga berbeza lengkap dengan fasiliti untuk keselesaan pengunjung. Antaranya bilik superior (300 kaki persegi), superior deluxe (320 kaki persegi), dan bilik De Rhu Suite (600 kaki persegi). Bilik pilihan tentulah yang memperlihatkan kolam renang dan taman tema air mini serta laut nan luas. Paling penting, ada balkoni untuk bersantai sambil menghirup udara nyaman dari Laut China Selatan.

Menurut Pengurus Pemasaran dan Jualan, A Saravanan, reka bentuk bangunan resort ini memang direka dua tingkat bertujuan untuk keselesaan tetamu. Bagi yang berkeluarga dan memiliki anak-anak ramai, di sini terdapat taman tema air mini tersergam indah di pekarangan resort yang menghadap laut luas. Bahkan kolam renang ini juga antara yang terbesar di Pantai Timur.Terdapat juga dua kolam renang untuk dewasa yang mencecah kedalaman sehingga sembilan kaki. Jadi, jika mahu membawa anak-anak mandi-manda di kolam renang sehingga puas, De Rhu Beach Resortlah jawapannya.

Menepati cita rasa keluarga

Dari segi lokasi, keluasan bilik dan tarikan sekitar resort ini bagi penulis amat sesuai dan berbaloi dengan harga yang dilaburkan. Berhampiran dengan kolam renang atau taman air mini juga terdapat taman permainan kanak-kanak serta meja dan bangku kecil yang banyak disusun di bawah pokok untuk kemudahan pengunjung bersantai. Ia juga bersesuaian untuk aktiviti hari keluarga kerana kapasiti ruangan bawah pokok tersebut boleh memuatkan sehingga 50 orang pada satu satu masa.

Menurut A Saravanan, pihak resort turut menyediakan pakej hari keluarga dan telematches dan menyediakan kru berkelayakan untuk menguruskan program ini.Bahkan ada banyak jenis sukaneka disediakan seperti terompah gergasi, tarik upih, rakit darat, boling buah kelapa dan kukur kelapa yang pastinya menjadikan percutian anda ke sini, lebih bermakna.“Selain bilik penginapan, kita sediakan dua pilihan kafe dan restoran di sini iaitu Dhe Rhu Cafe dan De Rhu Oriental Chinese Restaurant. Kita juga ada kemudahan bilik seminar dan mesyuarat, kemudahan gimnasium serta bilik KTV untuk hiburan pengunjung.

“Bahkan, di sini juga ada disediakan gelanggang untuk aktiviti riadah bola dan bola tampar pantai, sukan air dan ATV,” katanya. Resort ini juga turut dilengkapi kemudahan lain seperti kelengkapan, laluan riadah untuk ke taman dan kolam renang yang mesra OKU.

 
 
 
 

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang STATISTIK KEDATANGAN PELANCONG MENGIKUT NEGARA ASAL KE PAHANG Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang Mengikut Segmen MYHRMIS MOBILE
Dasar Privasi