PEKAN - Adun Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dilantik sebagai Menteri Besar Pahang menggantikan Datuk Seri Adnan Yaakob selepas mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Pahang di di Istana Abu Bakar, Pekan , sebentar tadi. Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu disempurnakan
Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Turut berangkat, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Pelantikan Adun Jelai tersebut sekaligus menamatkan spekulasi jawatan MB Pahang sebelum ini. Wan Rosdy menjadi Adun Jelai sejak 2004.