09 Jun, 2023
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

KUANTAN - Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan (Matta Fair) yang berlangsung dari Jumaat sehingga hari ini dilihat sebagai landasan terbaik rakyat negeri ini khususnya mendapatkan pakej pelancongan dengan harga paling berpatutan bagi percutian. Presiden Matta, Datuk Tan Kok Liang berkata, justeru orang ramai yang merancang untuk bercuti berpeluang mendapatkan tawaran hebat pelancongan sempena (Matta Fair) yang dianjurkan kali ke-12 itu.

Menurutnya, pihaknya menyasarkan kira-kira 6,000 orang mengunjungi Matta Fair terbabit yang telah diadakan di Berjaya Megamall Kuantan. “Pameran itu menyediakan 53 gerai untuk dilawati melibatkan pelbagai syarikat dan agensi pelancongan dengan tawaran pelbagai pakej percutian hebat.

“Antara pakej yang ditawarkan termasuk pakej pelayaran, eko-pelancongan, penginapan dan percutian di pulau-pulau yang terdapat di Malaysia,” katanya ketika ditemui media selepas berakhirnya majlis perasmian itu, hari ini. Turut hadir, Pengerusi Matta Pahang, Burhanuddin Ghazali. Kok Liang berkata, penganjuran ini menjanjikan pengalaman menarik bagi pengunjung dengan pelbagai pilihan pada harga promosi yang berpatutan.“Justeru, kita minta orang ramai tidak melepaskan peluang ini,” katanya.

Dalam perkembangan berlainan, Kok Liang turut merasmikan pejabat Matta Pahang Chapter memandangkan agensi terbabit tidak mempunyai pejabat yang tetap seperti sebelum ini. Menurutnya, lokasi pejabat ini terletak di B12 Tingkat 1 Jalan Haji Ahmad 4, di sini, dan ia amat strategik kerana ia berhampiran dengan pusat bandar. Beliau bagaimanapun, berharap ahli-ahli Matta dapat memanfaatkan kemudahan ini dengan sebaik mungkin demi memajukan industri pelancongan negara. “Saya difahamkan Matta Pahang sedang merancang untuk penganjuran Persidangan Pelancongan Eko Asia Pasifik (APECO 2018) di Taman Negara Pahang, pada Oktober nanti,” katanya.

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang STATISTIK KEDATANGAN PELANCONG MENGIKUT NEGARA ASAL KE PAHANG Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang Mengikut Segmen MYHRMIS MOBILE
Dasar Privasi