09 Jun, 2023
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

JERANTUT - Labu Central, Kampung Labu, di sini, bakal dinaik taraf sebagai pusat pertumbuhan pelancongan baharu dan pintu gerbang ke Taman Negara tidak lagi.

Adun Tahan, Datuk Seri Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, pengiktirafan itu dilakukan sebagai menghargai sumbangan dan tanda terima kasih di atas keprihatinan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah yang kerap melakukan kunjungan dan membantu membaik pulih komuniti kampung itu selepas banjir pada 2014.

“Selain itu, ia juga satu penghargaan daripada kami kepada sifat baginda yang begitu dekat dengan rakyat, tradisional dan menyukai kewujudan kepelbagaian komuniti rakyat di sini,” katanya. 

Dalam masa sama menurutnya, Labu Central juga sesuai dijadikan gerbang dan mercu tanda pusat komuniti sosial antara raja dan rakyat.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian penutupan Program JAMAAH di Labu Central, Kampung Labu, di sini, kelmarin yang turut dihadiri Pegawai Daerah, Datuk Tengku Norasmaliza Ku Lah.

Pada 2015 lalu, rombongan JAMAAH berkunjung ke Kampung Labu yang merupakan kampung angkat program itu bagi membantu memulihkan dan membina semula komuniti kawasan itu dengan pelbagai aktiviti pasca banjir.

Pada kali ini, rombongan itu disertai NGO di bawah naungan JAMAAH iaitu Persatuan Chef-chef Malaysia, Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Pahang, Kolej Yayasan Pahang dan Persatuan Seni Jahitan Kreatif, selain pembabitan 220 ahli Pandu Puteri negeri Pahang.

Sementara itu, Tunku Azizah berkata, rombongannya kali ini bersama NGO terlibat bertujuan berkongsi ilmu, kemahiran dan memberi sumbangan selain beramah mesra bersama penduduk kampung angkat program berkenaan.

Katanya, dengan penyertaan daripada  NGO diharap dapat membantu anak muda kampung mengenali dengan lebih dekat ruang kerjaya untuk diceburi manakala suri rumah dapat mempelajari kemahiran menjahit.

 
 

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang STATISTIK KEDATANGAN PELANCONG MENGIKUT NEGARA ASAL KE PAHANG Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang Mengikut Segmen MYHRMIS MOBILE
Dasar Privasi