02 Jun, 2023
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

PULAU TIOMAN - Ekoran perkhidmatan feri ke Pulau Tioman yang dihentikan akibat laut bergelora, seramai 87 pelancong terkandas di pulau peranginan terkenal itu.Mereka dijangka akan dibawa ke Tanjung Gelang, esok dengan pelayaran ihsan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).Kira-kira enam penduduk akan menumpang pelayaran itu kerana ada urusan segera perlu diselesaikan menjadikan kesemua penumpang seramai 93 orang.Adun Tioman, Datuk Seri Mohd Johari Hussain, berkata, kebanyakan pelancong tempatan meletakkan kenderaan di Jeti Mersing, Johor kerana masuk melalui jeti di negeri itu.

Menurutnya, kapal dijangka sampai ke di Tanjung Gelang sekitar jam 3 petang manakala anggaran masa perjalanan untuk ke Mersing selama tiga hingga empat jam."Setakat ini sebanyak tiga buah bas disediakan oleh kerajaan, kemungkinan dua akan ke Mersing dan sebuah lagi akan ke Terminal Sentral Kuantan."Kebanyakan pelancong asing akan ke Terminal Sentral Kuantan kerana mereka akan menaiki bas ke Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.Mohd Johari berkata, musim monsun di Pulau Tioman bermula Oktober sehingga Mac setiap tahun dan sepanjang tempoh itu bilangan pelancong berkurangan kerana keadaan cuaca yang tidak menentu.Bagaimanapun, ada sebahagian pelancong yang mengambil risiko ke pulau itu dengan harapan boleh balik menaiki feri ketika cuaca pulih.

Namun begitu, perkhidmatan feri diberhentikan sejak Khamis minggu lalu dan dijangka sehingga esok ekoran amaran laut yang merbahaya untuk pelayaran."Minggu lalu perkhidmatan feri ada kalanya baik, ada kalanya tidak. Keadaan ini normal sepanjang tempoh monsun."Bagaimanapun kali ini tempoh larangan feri beroperasi agak panjang dan menyebabkan pelancong yang ada terkandas sekali gus gagal keluar pada tarikh yang mereka jangka selamat untuk keluar," katanya.Beliau berkata, tempoh lama pelancong di pulau turut menyebabkan kos mereka di sana meningkat selain ada urusan lain perlu diselesaikan termasuk ada jadual penerbangan yang perlu diikuti.

Katanya, pelancong juga tahu risiko masuk ke pulau pada musim ini dan kerajaan sentiasa memberi peringatan tentang keadaan ini serta risiko yang bakal dihadapi."Kita usahakan kapal ini sejak petang semalam namun keadaan masih tidak mengizinkan. Apa yang dilakukan ini adalah bukti keprihatinan kerajaan biarpun pelancong telah diberikan peringatan dan mengetahui risikonya."Perkhidmatan pengangkutan utama untuk masuk dan keluar dari pulau peranginan ini masih menggunakan feri sahaja," katanya.

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang STATISTIK KEDATANGAN PELANCONG MENGIKUT NEGARA ASAL KE PAHANG Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang Mengikut Segmen MYHRMIS MOBILE
Dasar Privasi