PULAU TIOMAN - Dua pemandu bot pelancong yang dilaporkann hanyut ke perairan Indonesia ketika dalam perjalanan dari Kuala Rompin ke Pulau Tioman, 8 November lalu selamat tiba di Pulau Tioman, petang tadi.Amat Mohamad, 50 dan anak saudaranya, Mohd Abdul Lattif Kasim, 20, dibawa dari Pulau Jemaja, Indonesia pada kira- kira jam 5 pagi waktu tempatan dengan diiringi pihak berkuasa Indonesia sehingga ke lokasi pertemuan dengan pihak berkuasa Malaysia.
Timbalan Pengarah (Operasi) Wilayah Timur, Kepten Maritim V Pannir Selvan,berkata, mereka tiba di lokasi pertemuan kira – kira 38.6 batu nautika dari Pulau Tioman jam 2 petang dan diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia untuk tindakan selanjutnya.Menurutnya, operasi menyelamat yang dikoordinasikan Maritim Malaysia bersamanTentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)."Maritim menggerakkan kapal KM Langkawi dan Bot Penggalang 14 serta pesawat Bombardier CL 415 manakala TLDM menugaskan kapal KD Perdana dan KD Gempita dalam operasi ini.
"Sementara itu Jabatan Bomba dan Penyelamat yang turut serta dalam operasi ini menugaskan sebuah bot Kevlar manakala sembilan bot dari Persatuan Bot Pemancing Rompin/Tioman," katanya.Pannir Selvan berkata, 200 pegawai dan anggota pasukan mencari dan menyelamat terlibat dalam operasi selama empat hari dengan kos hampir RM 360,000.Pada 8 November lalu bot dinaiki mangsa hilang apabila tidak tiba didestinasi sebelum keluarga mangsa membuat laporan polis dan operasi mencari dan menyelamat diaktifkan setelah menerima laporan.Pada 11 November, bot mereka ditemui hanyut di perairan Indonesia oleh bot nelayan itu sebelum dibawa ke Pulau Jemaja, Indonesia untuk tindakan lanjut.Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan bantuan pihak kerajaan Indonesia bagi membawa pulang dua mangsa tersebut.