09 Jun, 2023
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

KUANTAN – Dua pemandu  bot pelancong yang dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari  Kuala Rompin ke Pulau Tioman 8 November lalu, ditemui selamat selepas hanyut hingga ke Pulau Jemaja, Indonesia, petang tadi.

Amat Mohamad, 50, dan anak saudaranya Mohd Abdul Lattif Kasim, 20, diselamatkan oleh nelayan selepas ditemui hanyut dalam kawasan perairan pulau berkenaan kira-kira 120 batu nautika dari Kuala Rompin, jam 3.45 petang tadi.

Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain  Mohd Omar berkata, berdasarkan maklumat  waris, bot yang dinaiki mangsa hanyut selepas kehabisan minyak hingga ke perairan Indonesia sebelum diselamatkan dan dibawa ke Pulau Jemaja.

Menurutnya, pada kira-kira jam 5.55 petang, pihak Maritim menghubungi  Badan SAR Nasional Indonesia (Badarnas) untuk memaklumkan tentang penemuan mangsa dan memohon bantuan daripada pihak berkuasa negara itu untuk  mengiringi bot mangsa ke perairan Malaysia. 

“Pihak Maritim Malaysia sedang berusaha untuk membawa pulang mangsa ke Malaysia secepat mungkin dengan bantuan  Wisma Putra,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, komuniti maritim khususnya mereka yang melakukan aktiviti di laut dinasihatkan supaya sentiasa memastikan keadaan bot lengkap dan selamat untuk mereka turun ke laut terutamanya ketika cuaca buruk.

Selain itu mereka juga dinasihatkan membawa alat perhubungan serta peralatan kecemasan bagi memudahkan operasi mencari dan menyelamat dilakukan sekiranya berlaku insiden tidak diingini.

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang STATISTIK KEDATANGAN PELANCONG MENGIKUT NEGARA ASAL KE PAHANG Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang Mengikut Segmen MYHRMIS MOBILE
Dasar Privasi