02 Jun, 2023
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

TEMERLOH - Bapa kepada Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, Shamsudin Sulaiman menghembuskan nafas terakhir jam 3.46 petang ini di Hospital Kuala Lumpur.

Allahyarham Shamsudin 82, akan dikebumikan di Kampung halamannya di Kampung Bintang selepas solat jenazah di Masjid kampung itu malam ini

Menurut Mohd  Hafizal  Mahmud, pegawai  khas Mohd Sharkar,  sebelum itu bapa Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang itu dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, pada pukul 10 malam Isnin lepas sebelum dikejarkan ke HKL untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Mohd Sharkar yang mewakili Pahang dalam delegasi Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ke World Travel Mart di Excel London, bergegas balik sejurus selepas dimaklumkan hal itu.

"Beliau tiba di tanah air pukul 7 pagi tadi dan berada bersama anggota keluarga yang lain ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang STATISTIK KEDATANGAN PELANCONG MENGIKUT NEGARA ASAL KE PAHANG Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang Mengikut Segmen MYHRMIS MOBILE
Dasar Privasi