09 Jun, 2023
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

MARAN - Sambutan menggalakkan pengunjung terhadap Pesta Tasik Maran 2017 menunjukkan penganjuran kali ini menepati sasaran dan bakal dijadikan acara tahunan pada masa akan datang.

Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, seramai 6,000 pengunjung membanjiri Pesta Tasik Maran 2017 yang bermula 29 Oktober dan berakhir semalam.

Menurutnya, penganjuran Pesta Air Maran 2017 bersesuaian dengan Tahun Melawat Pahang 2017 di mana banyak destinasi menarik dalam daerah Maran seperti Hutan Lipur Lubuk Yu, Hutan Lipur Lubuk Ujid dan Hutan Lipur Teladas selain Taman Tasik Maran yang perlu dipromosikan secara berterusan.

"Kerajaan Pahang juga membawa nama Maran ke dunia luar melalui konvoi pacuan empat roda Kuantan ke Manchester, di mana salah satu kenderaan membawa pelekat tempat tempat indah untuk dikunjungi di Maran selain menyebarkan risalah sepanjang konvoi yang melalui banyak negara".

"Insya-ALLAH, saya yakin Kerajaan Pahang akan memberikan apa jua bantuan yang bersesuai bagi memastikan Pesta Taman Tasik Maran ini akan dijadikan acara tahunan berbanding dwi tahunan memandangkan sambutan yang menggalakkan dari pengunjun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Pesta Taman Tasik Maran di Dewan Arena YM Tengku Muda Pahang, semalam.

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang STATISTIK KEDATANGAN PELANCONG MENGIKUT NEGARA ASAL KE PAHANG Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang Mengikut Segmen MYHRMIS MOBILE
Dasar Privasi