02 Jun, 2023
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

TEMERLOH - Banjir kilat luar biasa yang berlaku di sekitar Kuala Gandah dan Bukit Rengit pagi semalam turut menyebabkan pemilik Deerland masih belum menemui semula sekurang-kurangnya tujuh rusa peliharaan dipercayai dihanyutkan arus deras.

Abdullah Ahmad Mahmud berkata, lima yang belum ditemui rusa spesis 'sika' baka Taiwan dan dua spesis rusa sambar tempatan.

Menurutnya, kawasan tumpuan pelancong Deerland yang diusahakannya secara komersial sejak 2007 menempatkan lebih 100 rusa baka 'timorensis' lima baka 'sika' dan 10 baka sambar Malaysia.

"Antara binatang lain yang mati kita tak sempat nak selamatkan racoon dari Amerika, iguana dan beberapa spesis burung, rusa setakat ini tidak ada yang mati tapi masih hilang.

"Air naik terlalu cepat.jam 8 pagi masih boleh parking kereta depan pintu masuk ini, jam 12 kedai pejabat ini pun dah separuh tenggelam," katanya.

Abdullah berkata, dia memerlukan sekurang-kurangnya lima hari untuk membaik pulih dan membersihkan kawasan Deerland yang terjejas akibat banjir itu.

Menurutnya, kerugian awal dianggarkan mencecah lebih RM100,000, semua binatang yang ada belum dapat dibanci berapa yang selamat dan mati.

"Kita bagi semua binatang hilang tekanan dulu baru dapat tau berapa, buat masa sekarang tak boleh pasti berapa jumlah yang mati," katanya.

Deerland kawasan tumpuan pelancong menempatkan rusa sebagai tarikan utama turut mempunyai spesis burung dan binatang kecil seperti hedgehog, ular sawa, racoon, iguana dan banyak lagi.

Sumber : Sinar Harian

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang STATISTIK KEDATANGAN PELANCONG MENGIKUT NEGARA ASAL KE PAHANG Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang Mengikut Segmen MYHRMIS MOBILE
Dasar Privasi