02 Jun, 2023
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

PEKAN – Kerajaan negeri menganggarkan perutukan sebanyak RM15 juta diperlukan bagi mewujudkan cadangan pembinaan 'Street Museum' di kawasan sekitar Jalan Masjid, di Kuantan.

Exco Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, ‘Street Museum’ akan dibangunkan secara berperingkat di kawasan tersebut yang memiliki deretan pelbagai bangunan bersejarah dan berpotensi menjadi lokasi pelancongan baharu.

Katanya, kerajaan negeri telah mengadakan perbincangan dan akan bekerjasama dengan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bagi merealisasikan hasrat tersebut.

“Proses pembaikan itu nanti bukan melibatkan tambahan struktur baharu kepada bangunan itu tetapi kita akan cuba mengekalkannya seasli yang boleh untuk tatapan generasi akan datang.

“Bangunan bersejarah di kawasan itu antaranya bekas pejabat Tourism Pahang, bangunan mahkamah dan Dewan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK),” katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan Kolokium British Malaya 1874, di sini.

Dalam pada itu, menurutnya, semua bangunan itu nanti akan digunakan untuk menempatkan beberapa buah muzium antaranya Muzium Seni Kontemporari, Muzium Arkitek dan Muzium Tenun Pahang.

“Fokus sekarang hanya untuk menaik taraf bangunan lama...sementara penilaian dan perancangan lebih teliti masih lagi dilakukan berhubung produk yang akan ditempatkan di muzium berkenaan,” katanya.

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang STATISTIK KEDATANGAN PELANCONG MENGIKUT NEGARA ASAL KE PAHANG Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang Mengikut Segmen MYHRMIS MOBILE
Dasar Privasi