02 Jun, 2023
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

KUANTAN - Kerajaan negeri mengalu-alukan lebih banyak pembinaan hotel bagi menampung kedatangan pelancong yang semakin bertambah ke Pahang setiap tahun.

Exco Perumahan dan Perbandaran Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kehadiran pelancong semakin meningkat sepanjang tahun   menjadikan permintaan bagi penginapan di hotel-hotel juga tinggi. Menurutnya, kehadiran pelancong ke Pahang sudah mencecah 10 juta pengunjung dan sempena Tahun Melawat Pahang tahun ini dijangkakan sehingga 15 juta pelancong bakal hadir ke negeri ini.

“Di Pahang terdapat kira-kira 600  hotel dan lebih kurang 30,000 bilik, namun masih tidak mencukupi.

“Walaupun sektor pelancongan banyak dibantu dengan tawaran daripada pengusaha rumah inap desa (homestay) namun keperluan penginapan masih memerlukan penambahan,” katanya.

Beliau berkata ketika berucap di Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Carlton Holiday Hotel & Suites, di sini, semalam.

Dalam pada itu, menurutnya, Cameron Highlands juga dilihat mempunyai potensi untuk pembinaan lebih banyak hotel dan pusat penginapan.

“Setiap kali musim cuti, Cameron Highlands dilihat tepu dan sesak. Pelabur dan pengusaha hotel yang berminat boleh mengintai ruang tanah yang masih sesuai bagi pembinaan hotel dan membuat permohonan kepada kerajaan negeri untuk dipertimbangkan,” katanya.

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang STATISTIK KEDATANGAN PELANCONG MENGIKUT NEGARA ASAL KE PAHANG Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang Mengikut Segmen MYHRMIS MOBILE
Dasar Privasi