A- A A+
24 Aug, 2019

Facebook twitter You Tube Instagram

KUALA ROMPIN - Pembinaan Lapangan Terbang Lanjut, di sini, yang melibatkan pelaburan sebanyak RM8 juta disasarkan menjadi hab penting lapangan terbang kecil bagi rantau ini.

Projek yang dibangunkan oleh Systematic Aviation Services (SAS) Sdn Bhd atas kawasan seluas 17 hektar merangkumi landasan terbang sepanjang 853.5 meter dan 12.2 meter lebar itu dijangka siap pada 2019.

Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin, berkata, daerah Rompin bakal menjadi lokasi penting industri pelancongan kerana melalui penerbangan memakan masa lebih singkat berbanding kenderaan lain.

Menurutnya, masa yang diambil dari Batam, Indonesia dan Singapura untuk ke sini hanya mengambil masa sekitar 30 minit serta hanya 20 minit ke Pulau Tioman berbanding kira-kira 2 jam dengan menaiki feri.

Katanya, secara tidak langsung ia akan memberi impak kepada penduduk setempat melalui industri pelancongan yang bakal berkembang.

"Industri pelancongan ini sektor yang terus kepada penduduk dengan memberikan yang manfaat besar, sudah tentu kita berharap Rompin dijadikan lokasi pelancongan bertaraf antarabangsa selepas adanya segala kemudahan ini.

"Ditambah pula dengan sokongan Pejabat Daerah dan agensi lain, insya-ALLAH kawasan Lanjut akan membangun lebih cepat diikuti Taman Negari Endau-Rompin serta Hutan Simpan Menchali sebagai tarikan pelancongan di sini," katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mewakili Menteri Besar Pahang bagi merasmikan Majlis Pecah Tanah Lapangan Terbang Lanjut, di sini, hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif SAS Sdn Bhd, Ismail Asha'ari, barisan Exco Pahang dan wakil rakyat Dun kawasan Rompin.

mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr