09 Jun, 2023
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

KUANTAN - Ramai tidak mengetahui Teluk Tongkang atau lebih dikenali TC 2 telah diswastakan kepada sebuah syarikat tempatan sejak 2014 dan dibangunkan dengan beberapa kemudahan rekreasi berbayar.

Sejak 15 bulan lalu, sebarang aktiviti dilakukan dalam kawasan berkenaan dikenakan bayaran tertentu di bawah seliaan  pasangan suami isteri.

Situasi tersebut mengundang pelbagai reaksi pengunjung sehingga ada yang meluahkan rasa tidak puas hati di laman sosial, gara-gara bayaran untuk duduk di pondok wakaf. 

Berdasarkan status dimuat naik individu terbabit, salah faham yang berlaku mencetuskan pertikaman lidah dengan seorang pekerja lelaki warga Perancis apabila dituduh mengambil bayaran tanpa kebenaran.

Tinjauan Sinar Harian bersama Adun Teruntum, Sim Chon Siang ke lokasi mendapati papan tanda tertera kadar bayaran yang dikenakan untuk melakukan aktiviti di kawasan terbabit.

Pekerja, Thomas Carsenti, 33, berkata, Teluk Tongkang mempunyai kemudahan rekreasi seperti chalet, tapak perkhemahan, pondok wakaf, tandas, tempat BBQ, berkelah dan kafe.

Menurutnya, dia berkahwin dengan seorang rakyat tempatan berbangsa Cina, Or May May, 26, dan dikurniakan cahaya mata kini berusia tiga bulan.

“Isteri saya orang Taman Tas dan bukan Indonesia seperti didakwa di laman sosial. Kami hanya pekerja yang diberi tanggungjawab jaga kawasan ini.

“Mungkin ramai tak tahu Teluk Tongkang sudah diswastakan dan ada bayaran untuk aktiviti tertentu sahaja. Ada tempat duduk yang tidak perlu bayar kecuali wakaf yang kena bayar RM10 sehari tanpa had berapa ramai,” katanya.

May May berkata, dia kesal apabila ada pengunjung mengeluarkan kata kesat sebaik dimaklumkan bahawa terdapat bayaran jika mahu melakukan aktiviti di kawasan tersebut.

Menurutnya, pelancong asing lebih ramai mengunjungi kawasan itu namun mereka mengalu-alukan pengunjung tempatan untuk beriadah bersama rakan dan keluarga.

“Majikan dah tetapkan harga bayaran dan kami beritahu pengunjung dengan baik kerana mereka tetamu," katanya.

Chon Siang yang bertemu dengan pasangan suami isteri itu menasihati agar sebuah papan tanda bercetak didirikan di pintu masuk sebagai pemberitahuan kawasan tersebut diswastakan.

Katanya, papan tanda di pondok wakaf juga perlu diturunkan kerana mengandungi kata tidak sopan dan boleh mengundang rasa kurang senang.

“Menurut mereka, kawasan ini diswastakan kepada sebuah syarikat tempatan, jadi kita perlu tahu bagaimana tender tersebut diberikan sama ada secara tender terbuka atau tertutup.

“Jika kerajaan sudah swastakan, kita kena hormat keputusan ini tetapi orang ramai mahu tahu, cara tender dilakukan dan berapa bayaran tender serta untuk tempoh berapa lama,” katanya.

Chon Siang berkata, pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) pernah memberi maklum balas mengenai penswastaan Teluk Tongkang yang dibuat atas alasan untuk pemuliharaan dan penjagaan kebersihan.

Menurutnya, terdahulu kawasan itu dicemari sampah-sarap dan menyukarkan kerja pembersihan kerana lokasi jauh dari orang ramai.

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang STATISTIK KEDATANGAN PELANCONG MENGIKUT NEGARA ASAL KE PAHANG Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang Mengikut Segmen MYHRMIS MOBILE
Dasar Privasi