02 Jun, 2023
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

KUANTAN - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menerima peruntukan RM20 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK 11) bagi menjayakan program restorasi pokok di Cameron Highlands dan Janda Baik, Bentong.

Timbalan Pengarah (Pembangunan II) JPNP, Samsu Anuar Nawi berkata, usaha menanam semula pelbagai jenis pokok yang sesuai perlu dilakukan bagi mengekalkan kehijauan di kawasan terbabit.

Menurutnya, program penanam pokok di kawasan yang terlibat dengan kegiatan pencerobohan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mengusahakan tanaman sayur turut dilakukan di lembangan sungai di Kelantan.

“Program ini penting dalam usaha memastikan tidak berlakunya kejadian  tanah runtuh di kawasan cerun yang akan mengundang banjir lumpur dan kerosakan alam sekitar.

“Sebelum ini jabatan mengadakan banyak program menghijaukan kawasan dengan aktiviti menanam pokok di Cameron Highlands dan Janda Baik dengan kerjasama pelbagai pihak,” katanya pada program menanam pokok bintangor laut di pesisir pantai Kampung Sepat, semalam.

Samsu Anuar berkata, kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pusat pengajian tinggi dan penduduk setempat berjaya melancarkan lagi setiap program menanam pokok yang diadakan.

Tambahnya, peruntukan besar diterima diharap dapat melancarkan lagi usaha menghijaukan kawasan yang sebelum ini diteroka untuk aktiviti menanam sayur secara skala besar.

“JPNP turut terbabit dengan program penanaman pokok di pesisir pantai membabitkan pokok bintangor laut, ru pantai, ketapang dan kelapa mataq membabitkan daerah ini, Pekan dan Rompin.

“Tanaman pesisir pantai penting bagi mengawal kejadian hakisan pantai,  mengurangkan tiupan angin, sebagai peneduh dan mengindahkan lagi kawasan pelancongan,” katanya.

Katanya, di kawasan bekas pembalakan turut diadakan program menanam semula pelbagai spesies pokok balak bagi memastikan keadaan hutan dapat kembali kepada keadaan asal dan dapat mengawal kejadian hakisan cerun bukit.

Pada program itu, sebanyak 70 pokok bintangor laut di tanam melibatkan lebih 50 kakitangan Bahagian Pentadbiran Pejabat Pembangunan Hutan (PSN) Bukit Sekilau, dan Unit Pemuliharaan Pesisir Pantai.

Sumber : Sinar Harian Pahang

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang STATISTIK KEDATANGAN PELANCONG MENGIKUT NEGARA ASAL KE PAHANG Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang Mengikut Segmen MYHRMIS MOBILE
Dasar Privasi