09 Jun, 2023
A- A A+

Facebook twitter You Tube Instagram

pahangtourism 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

KUALA ROMPIN - Taman laut Pulau Tioman, di sini, diiktiraf sebagai Kategori Tahap 4 bagi Flagship Regional Sites dalam penilaian Coral Triangle Marine Protected Areas (CTMPAS).

Kategori itu merupakan tahap tertinggi dalam penilaian yang menjurus kepada kepentingan serantau melibatkan tiga komponen iaitu ekologi, tadbir urus dan masyarakat selain kriteria tahap tertinggi untuk keberkesanan pengurusan.

Pengarah Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) Pahang, Mohd Fazli Long, berkata, kejayaan itu menjadi satu kebanggaan kerana kawasan pelancongan terbabit berjaya mendapat pengiktirafan di peringkat Asia Pasifik sebagai antara kawasan taman laut tercantik dan terurus.

Menurutnya, kejayaan hasil penyertaan untuk penilaian Coral Triangle Initiative (CTI) - Coral Reef and Food Security (CFF) Senior Officials Meeting ke-11 pada akhir tahun lalu itu adalah di luar jangkaan.

Beliau berkata, negara lain yang menghantar pencalonan memiliki kelebihan tersendiri dan taman lautnya terkenal dalam kalangan pelancong seperti  Indonesia, Papua New Guinea, Filipina, Solomon Island serta Timor Leste.

“Seperti sedia maklum, enam negara di Asia Pasifik yang memiliki taman laut ini masing-masing memiliki kelebihan dan kejayaan di luar jangkaan ini meletakkan taman laut Pulau Tioman sama aras dengan Raja Ampat Marine Tourism Park, Indonesia serta Apo Reef Natural Park, Filipina yang mendapat pengiktirafan sama.

“Kita juga akan mengekalkan kecemerlangan diperoleh dan terus menambah baik pengurusan pulau-pulau yang terdapat di Taman Laut Pulau Tioman supaya terus terpelihara serta terurus,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Taman laut lain di negara ini yang turut tercalon ialah Tunku Abdul Rahman Park dan Tun Sankaran Marine Park, Sabah yang tidak kurang hebatnya apabila memperoleh Kategori Tahap 3.

Mohd Fazli berkata, dengan pengiktirafan itu rakyat Malaysia terutamanya penduduk Pulau Tioman patut berbangga kerana pulau antara tercantik di dunia itu kini setanding dengan negara Asia lain.

“Kita tidak menolak ada timbul beberapa isu tetapi pihak JTLM Pahang sentiasa peka dan mengambil tindakan segera bagi mengatasinya. Kita berharap kejayaan ini akan

 mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr

Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang STATISTIK KEDATANGAN PELANCONG MENGIKUT NEGARA ASAL KE PAHANG Statistik Kedatangan Pelancong Ke Negeri Pahang Mengikut Segmen MYHRMIS MOBILE
Dasar Privasi