A- A A+
28 Nov, 2020

Facebook twitter You Tube Instagram

Info Terkini

  • Notis Pemakluman Penutupan Premis Perniagaan Majlis Perbandaran Bentong pada 25-27 November 2020 - Klik Di Sini
  • Pemberitahuan Aktiviti Yang Dibenarkan Semasa Musim Tengkujuh Di Taman Negara Pahang - Klik Di Sini
  • Makluman Penting- Pembelian Borang Online Jawatan Kosong telah dihadkan. Sebarang penghantaran balas Borang Jawatan Kosong akan dilaksanakan pada hari (Isnin-Jumaat) & dalam tempoh waktu bekerja (8.00 pagi- 5.00 petang) sahaja. 

Berita Terkini

Twitter Tweet

Hubungi Kami

Tourism Pahang
No 33 & 33A
ICT Hub, Indian Town
Jalan Putra Square 4
25200 Kuantan, Pahang
T: 09 5681623/ 24
F: 09 5681626
E: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Jumlah Pelawat

2918079
Hari ini
Semalam
Minggu
Bulan
All days
4668
3318
23188
87918
2918079

PULAU TIOMAN - The International Coral Reef Initiative (ICRI) telah mengisytiharkan 2018 sebagai International Year of the Reef (IYOR) ataupun Tahun Terumbu Karang Sedunia kali yang ketiga.IYOR adalah usaha global yang bertujuan meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai nilai terumbu karang serta ancaman yang dihadapinya.Ia juga bertujuan menyokong segala usaha pihak berkenaan yang berkaitan konservasi, penyelidikan dan pengurusan terumbu karang.

Menyahut seruan itu, Reef Check Malaysia (RCM) sedang merancang pelbagai aktiviti di Malaysia sempena IYOR 2018 dengan harapan dapat bekerjasama dengan pihak tempatan seperti agensi kerajaan, industri pelancongan dan NGO.Koordinator RCM di Pulau Tioman, Alvin Chelliah, berkata, IYOR 2018 bertujuan menguatkan kesedaran global mengenai terumbu karang dan ekosistem yang berkaitan.Menurutnya, dalam masa sama mempromosikan kerjasama dan perkongsian maklumat antara pihak berkepentingan untuk pengurusan terumbu karang secara mampan.Katanya, usaha juga akan dilakukan bagi mengenalpasti dan melaksanakan strategi pengurusan yang efektif terhadap konservasi serta penggunaan ekosistem-ekosistem ini secara mampan.

"Ini adalah selaras dengan usaha RCM yang terkini di negara ini yang memberi tumpuan kepada membantu pihak berkepentingan untuk melaksanakan pengurusan terumbu karang secara mampan."IYOR 2018 memberi peluang untuk melanjutkan usaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai nilai terumbu karang, ancaman yang dihadapinya serta apa yang kita semua boleh lakukan untuk menyumbang kepada usaha konservasi terumbu karang," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.Alvin berkata, RCM akan memulakan program IYOR 2018 dengan penganjuran pembersihan pantai pada bulan Mac ini yang akan dijalankan dengan kerjasama beberapa pihak di pulau Tioman, Mantanani, Sibu Tinggi, Pangkor, Perhentian dan Mabul.

Katanya, usaha itu adalah untuk mengetengahkan isu sisa marin iaitu lebih tepat lagi sisa plastik yang merupakan ancaman serius kepada ekosistem marin.“IYOR 2018 memberikan kami platform yang ideal bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai konservasi terumbu karang dan isu pengurusannya.“RCM akan menjalankan beberapa aktiviti sepanjang tahun ini, dengan kerjasama pelbagai pihak yang aktif dalam pengurusan terumbu karang," katanya. Selanjutnya beberapa laporan dan penerbitan akan dikeluarkan bagi menyokong konsep inisiatif dari komuniti untuk memberikan data penting kepada pihak pembuat keputusan.

  

mygov sukpahang pemudah hrmis bpa iim jpa ksn mampu msc spa spr