Tel: 09- 5681623 | Fax: 09- 5681626 | webtourism16@gmail.com                                                                                                                                                                                                                                                                     FAQ Hubungi Kami Maklumbalas Peta Laman
 

KUANTAN, 19 OKTOBER 2024 : Taman Negara Pahang mencatatkan kedatangan pelancong seramai 96,973 orang setakat September tahun ini melibatkan pelancong tempatan dan antarabangsa. Menurut Pengurus Besar Tourism Pahang, YBhg. Tuan Kamaruddin Ibrahim, pelancong dari Perancis, Jerman, Itali, Denmark dan China merupakan penyumbang terbesar kepada jumlah kedatangan pelancong ke taman negara ini.

Bagi memartabatkan lagi ekopelancongan di negeri ini, Tourism Pahang dengan kerjasama Persatuan Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Taman Negara telah menganjurkan Taman Negara Rakit Race 2024 bagi tahun yang kedua.  “Program ini berlangsung pada hari ini, 19 Oktober 2024 bertempat di Taman Negara Pahang, Kuala Tahan, Jerantut. Taman Negara Rakit Race 2024 yang diadakan buat kali kedua ini merupakan salah satu usaha untuk memanfaatkan kekayaan dan keindahan alam semula jadi di Malaysia khususnya di Taman Negara Pahang.

“Bagi pertandingan lumba rakit (Rakit Race) pada tahun ini, para peserta telah dicabar dengan jarak perjalanan yang lebih jauh iaitu 17.5 kilometer berbanding tahun sebelumnya, 12 kilometer. Para peserta akan menelusuri Sungai Tembeling yang deras bermula dari Kampung Pagi ke Taman Negara sambil mengharungi jeram-jeram dan lubuk. “Untuk rekod, selain daripada beradu tenaga dalam lumba rakit, para peserta juga berpeluang untuk melibatkan diri dalam sukan rakyat dalam memantapkan lagi semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan antara mereka,” katanya.

Menurut beliau, secara keseluruhan, Pahang telah menerima seramai 5,921,781 orang pelancong merangkumi pelancong tempatan dan antarabangsa bagi tempoh suku tahun yang kedua. “Tourism Pahang akan terus konsisten dan kekal komited dalam mempromosikan ekopelancongan Negeri Pahang kepada pelancong dari dalam dan luar negara untuk memilih Taman Negara Pahang sebagai destinasi utama percutian ekopelancongan di samping membangunkan dan meningkatkan sosioekonomi masyarakat setempat,” katanya. -PAHANGMEDIA

Pautan Agensi

SUK PahangTourism PahangMAMPUMyGOVJPATourism Malaysia

Hubungi Kami

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
No 33 & 33A, ICT Hub Indian Town,
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
 
Emel: webtourism16[at]gmail[dot]com

Jumlah Pelawat

Malaysia 74.9% Malaysia
South Korea 7.6% South Korea

Total:

37

Countries
009869
Today: 24
Yesterday: 16
This Week: 24
This Month: 627
Last Month: 519
Total: 9,869
FacebookInstagramTiktokTwitterYou Tube
Hakcipta Terpelihara 2024 © Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser @Tourism Pahang.
Tarikh Kemaskini: 27 Disember 2024 | Diselenggara oleh : Webmaster PKBF 
Paparan terbaik menggunakan internet versi Mozilla Firefox atau Chrome yang terkini
 
 
MyHRMIS Mobile